SPM Tuition
Subject
  1. Bagaimanakah kuasa dan pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah dalam sistem politik Melayu tradisional ditentukan?

  2. Jawatan Bendahara tergolong dalam Pembesar Berempat. Apakah tugas Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

  3. Revolusi Perancis 1789, memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan. Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Perancis?

  4. Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?

  5. Maklumat berikut merupakan karya Raden Adjeng Kartini. • Hilang Gelap Terbitlah Terang • Penulisan Seorang Putera Jawa Kedua-dua karya tersebut menyentuh tentang

  6. Maklumat berikut adalah tokoh nasionalis Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua • Ibrahim Haji Yaakob • Ishak Haji Muhamad • Ahmad Boestamam Apakah tindakan British untuk melemahkan perjuangan mereka?

  7. Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama di Eropah pada tahun 1914?

  8. Jadual berikut menunjukkan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan. Tahun Kejayaan 1895 Menewaskan China 1905 Menewaskan Rusia Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

  9. Jepun telah mengambil tindakan bagi mengawal kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu. Apakah tindakan tersebut? I Jawatankuasa Penyelidikan Bahan II Rancangan Pengeluaran Lima Tahun III Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda IV Rancangan Kemakmuran Bersama Asia Timur

  10. British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten di antara tahun 1943 hingga 1946. Apakah peranan pentadbiran tersebut?

  11. Mengapakah British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  12. Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. Apakah kesan penubuhan tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?

  13. Maklumat berikut berkaitan dengan ancaman keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu. • Merosakkan ladang getah • Mengganggu kerja di lombong • Merosakkan landasan kereta api Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?

  14. Tentera Jepun telah melakukan kezaliman terhadap penduduk di negara kita. Apakah kezaliman yang dilakukan oleh Jepun? I Membina landasan kereta api maut II Menghalang kemaraan kuasa Barat III Memusnahkan kawasan hutan IV Melaksanakan catuan makanan

  15. Sistem Ahli diperkenalkan pada tahun 1951. Apakah kepentingan Sistem Ahli terhadap pemimpin tempatan?

  16. Maklumat berikut merupakan parti politik yang ditubuhkan oleh Dato Onn bin Jaafar. 1951 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?

  17. Maklumat berikut berkaitan keputusan Pilihan Raya Umum 1955. Tahun Pilihan Raya 1955 Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan maklumat tersebut?

  18. Maklumat berikut merupakan fungsi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. • Mewujudkan rupa bangsa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu • Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri • X Apakah X?

  19. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Antara berikut yang manakah inti pati dalam perjanjian tersebut? I Agama Islam sebagai agama persekutuan II Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan III Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran IV Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan

  20. Jawatankuasa Fizikal dan Jawatankuasa Sambutan ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu. Apakah kepentingan penubuhan jawatankuasa tersebut?

  21. Apakah perkara yang merujuk kepada konsep kedaulatan tradisional?

  22. Apakah majlis yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)?

  23. Pada tahun 1965, berlaku pindaan perlembagaan negara. Mengapakah pindaan tersebut berlaku?

  24. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

  25. Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di negara kita. Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan sejak Merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara? I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi

  26. Maklumat berikut berkaitan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri • Hari Kelepasan Negeri • Pertanian dan Perhutanan • X Apakah X?

  27. Gambar berikut menunjukkan suasana Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?

    Diagram for question 27
  28. Ancaman komunis telah berlaku di Sarawak dan Singapura pada tahun 1960-an. Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman menyelesaikan ancaman tersebut?

  29. Referendum Singapura diadakan pada tahun 1962. Mengapakah referendum tersebut diadakan?

  30. Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?

  31. Yang manakah merupakan langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, akibat daripada dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan di negara kita?

  32. Apakah langkah yang diambil untuk memupuk perpaduan kaum melalui Laporan Rahman Talib 1960? I Mengadakan kurikulum yang sama II Melancarkan program sekolah berintegrasi III Memperkenalkan aliran vokasional di semua sekolah IV Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

  33. Apakah prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diperkenalkan pada tahun 1971? I Memperkukuh identiti kenegerian II Mengutamakan elemen dari luar III Berasaskan kebudayaan rakyat asal IV Bertunjangkan ajaran Islam

  34. Gambar berikut adalah logo Sukan Malaysia (SUKMA). Apakah tujuan sukan tersebut dianjurkan?

    Diagram for question 34
  35. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Apakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?

  36. Mengapakah kerajaan mewujudkan zon perindustrian bebas?

  37. Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memperkukuhkan dasar luar yang dinamik. Apakah faktor penggubalan dasar luar Malaysia?

  38. Mengapakah Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

  39. Maklumat berikut berkaitan dengan tohmahan yang melanda masyarakat Islam. Masyarakat Islam sering dikaitkan dengan 3K iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran Bagaimanakah Malaysia menghadapi tohmahan tersebut?

  40. Peta berikut menunjukkan kedudukan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Mengapakah kepulauan tersebut menjadi rebutan?

    Diagram for question 40