Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka. • Hukum Kanun Melaka • Undang-undang Laut Melaka
10 marks- (a)
Nyatakan dua perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.
[2] - (b)
Jelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang terdapat dalam kedua-dua undang-undang di 1(a).
[4] - (c)
Mengapakah pentadbiran yang teratur dan sistematik penting kepada sesebuah negara?
[4]
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
10 marks- (a)
Namakan dua anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK).
[2] - (b)
Jelaskan matlamat pembentukan jawatankuasa di 2(a).
[4] - (c)
Baca dan teliti petikan berikut. Dalam proses menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan, kerjasama antara kaum penting untuk kestabilan negara. Pendekatan ini perlu bagi menyingkirkan kesangsian antara kaum serta mengurangkan ketidakseimbangan kuasa politik dan sosioekonomi dalam kalangan penduduk. Penduduk Tanah Melayu sedar bahawa untuk mendapat kemerdekaan dan status berkerajaan sendiri, kerjasama antara kaum merupakan antara syarat utama yang ditetapkan oleh British bagi melaksanakan janji mereka. Kesedaran inilah yang mempercepatkan perubahan kegiatan politik Tanah Melayu ke arah kemerdekaan. (Sumber: Rohani Abd Ghani Ed. 2016. Negara Bangsa Malaysia Asas dan Cabaran. Sintok Kedah, UM. Pres.) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[4]
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan peranan yang luas dalam pemerintahan negara dan meliputi beberapa bidang. Yang di-Pertuan Agong: X | Perundangan | Y
10 marks- (a)
Nyatakan X dan Y.
[2] - (b)
Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang perundangan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
[4] - (c)
Bagaimanakah konsep pengasingan kuasa dapat mengukuhkan sistem pentadbiran negara kita?
[4]
Rancangan Pembangunan Lima Tahun bertujuan untuk menangani isu pembangunan dan ekonomi negara selepas pembentukan Malaysia 1963.
10 marks- (a)
Apakah dua isu dalam Rancangan Malaysia Pertama?
[2] - (b)
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi isu di 4(a).
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan dengan Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025). RMK12 yang diberi tema “Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi” dengan tiga tumpuan yakni memperkukuhkan kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan menuju negara berpendapatan tinggi. Sumber: http://www.bernama.com Berikan ulasan anda berkaitan pernyataan tersebut.
[4]
Section B
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihanraya Umum 1955.
20 marks- (a)
Jelaskan proses pembentukan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu.
[6] - (b)
Bagaimanakah Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu menjalankan tugasnya?
[6] - (c)
Baca maklumat berikut. Putrajaya - Perdana Menteri mengarahkan semua anggota kabinetnya mengisytiharkan harta yang dimiliki kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada pendapat anda, mengapakah langkah sedemikian diambil?
[8]
Maklumat berikut merupakan sebahagian kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berdasarkan Persekutuan Tanah Melayu. 153.1) Maka Yang di-Pertuan Agong bertanggong-jawab atas perkara menjaga kedudokan Istimewa orang2 Melayu serta hak2 yang halal bagi kaum2 yang lain2 menurut sharat2 Perkara ini. BAHAGIAN XII PERKARA 'AM DAN LAIN2 152.(1) Bahasa Kebangsaan ia-lah bahasa Melayu dan hendak-lah dengan apa2 jua jenis tulisan seperti yang di-undang2kan oleh parliament:
20 marks- (a)
Jelaskan inti pati Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berikut: (i) Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum Lain. [3 markah] (ii) Kedudukan Bahasa Melayu. [3 markah]
[6] - (b)
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas dalam pembinaan negara bangsa. Jelaskan.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman, damai dan perpaduan. Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. (Sumber: Berita Harian Online 18 Disember 2022) Jelaskan maklumat daripada petikan di atas dan kesannya jika rakyat tidak mematuhi perlembagaan negara.
[8]
Rajah berikut berkaitan ciri demokrasi dalam sistem pemerintahan negara kita. Ciri demokrasi: • Pilihan raya • Kebebasan asasi • Pengasingan kuasa
20 marks- (a)
Jelaskan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
[4] - (b)
Terangkan pengasingan kuasa yang diamalkan oleh negara kita sejak mencapai kemerdekaan.
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Pengasingan kuasa merupakan satu doktrin perlembagaan yang mengesyorkan pengasingan fungsi dan kuasa kerajaan supaya ianya dikuatkuasakan oleh beberapa orang atau institusi yang berlainan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan yang dijangka akan wujud jika kuasa itu dipegang oleh seorang individu. Pengasingan kuasa pada amnya berkisar pada fungsi berlainan yang dijalankan oleh badan atau institusi pemerintahan yang berlainan. Fungsi-fungsi ini dijalankan oleh badan-badan tertentu mengikut bidang kuasa masing-masing. Sumber: https://ejournal.um.edu.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]
Komanwel merupakan sebuah badan yang dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang telah merdeka.
20 marks- (a)
Jelaskan latar belakang penubuhan Komanwel.
[4] - (b)
Terangkan penyertaan dan sumbangan Malaysia berdasarkan berikut: (i) Rancangan Colombo [4 markah] (ii) Kerjasama Pertahanan [4 markah]
[8] - (c)
Teliti infografik berikut. [Infografik: PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DARI ANCAMAN KEGANASAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA] Jelaskan mesej yang terkandung dalam infografik tersebut dan langkah-langkah mengukuhkan keselamatan negara.
[8]
Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas selari dengan perkembangan yang berlaku dalam ekonomi antarabangsa.
20 marks- (a)
Huraikan kerjasama Malaysia dalam pembangunan ekonomi segi tiga.
[4] - (b)
Terangkan peranan Malaysia dalam mengantarabangsakan sistem kewangan Islam.
[8] - (c)
Teliti infografik berikut. [Infografik: EKONOMI NEGARA KUKUH, PERTUMBUHAN SUKU KE-2 CAPAI 5.9%] Jelaskan mesej yang terkandung dalam infografik tersebut dan kepentingan mempunyai pemimpin yang bijaksana.
[8]