SPM Tuition
Subject
  1. Kerajaan Melayu Melaka menjadi kerajaan Melayu yang terkenal kerana I Dinaungi kerajaan berhampiran II Pemerintah mempunyai wawasan III Berada di laluan yang strategik IV Mendapat bantuan dari luar

  2. Apakah tugas Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

  3. Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?

  4. Pasangan pernyataan yang manakah betul tentang tujuan Gerakan nasionalisme di Thailand dengan gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara? (Gerakan Nasionalisme di Thailand | Gerakan Nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara)

  5. Mengapakah gerakan nasionalisme muncul di negara kita?

  6. Revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789. Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Perancis?

  7. Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut?

  8. Bagi menangani kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu, Jepun telah memperkenalkan I Jawatankuasa Penyelidikan Bahan II Rancangan Pengeluaran Lima Tahun III Institut Latihan Pemimpin-Pemimpin Muda IV Rancangan Kemakmuran Bersama Asia Timur

  9. Maklumat berikut berkaitan dengan Sejarah sistem Persekutuan di Malaysia. • Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 • Malayan Union 1946 • Persekutuan Tanah Melayu 1948 Apakah persamaan yang terkandung dalam sistem tersebut?

  10. Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap Tanah Melayu?

  11. Perkara yang manakah terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  12. Di bawah undang-undang Darurat yang dikuatkuasakan pada tahun 1948, kerajaan berkuasa I Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dengan pergerakan komunis II Menghantar pulang kaum imigran bagi mengelakkan sifat perkauman III Mempelbagaikan tanaman makanan untuk menjamin makanan IV Mengenakan hukuman mati terhadap sesiapa sahaja yang membawa senjata api

  13. Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Apakah matlamat perjuangan komunis di Tanah Melayu?

  14. Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British bagi mematuhi proses dekolonisasi?

  15. Maklumat berikut berkaitan dengan tugas ahli dalam Sistem Ahli pada tahun 1951. • Memegang satu portfolio • Mencadangkan undang-undang Mengapakah tugas tersebut ditetapkan pada setiap ahli?

  16. Mengapakah pilihan raya dilaksanakan?

  17. Pilihan Raya Umum pertama diadakan di Tanah Melayu pada tahun 1955 bertujuan untuk I Mengawal pemberian kerakyatan kepada orang asing II Memperkukuh kerjasama rakyat dalam politik III Mempercepat proses kemerdekaan tanah air IV Menghalang kemasukan kaum imigran

  18. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian PTM 1957? I Pegawai British menasihati orang Melayu dikekalkan II Kedudukan Istimewa orang Melayu dikekalkan III Agama Islam sebagai agama Persekutuan IV Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan

  19. Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid). • Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri • Mewujudkan rupa bangsa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu • X Apakah X?

  20. Konsep kedaulatan tradisional merujuk kepada

  21. Apakah ciri negara yang berdaulat? I Kerajaan yang sistematik II Sempadan yang jelas III Rakyat berbilang kaum IV Mendapat naungan kerajaan asing

  22. Mengapakah perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?

  23. Mengapakah pindaan perlembagaan negara dilakukan pada tahun 1965?

  24. British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat pada abad ke-19. Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice tersebut?

  25. Rajah berikut berkaitan dengan konsep Parlimen Malaysia. [Rajah piramid, dari atas ke bawah:] Yang Di-pertuan Agong X Dewan Rakyat (Sumber: Parlimen.gov.my) Apakah X?

  26. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?

  27. Berikut adalah Kerajaan Tempatan di negara kita. • Majlis Bandaraya • Majlis Daerah • Majlis Perbandaran Fungsi Kerajaan Tempatan tersebut ialah

  28. Senarai Bersama ialah perkara yang membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa dalam Senarai Bersama? I Kewangan II Kerakyatan III Kebajikan awam IV Kerajaan tempatan

  29. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berusaha untuk membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah kediaman. Bagaimanakah kedua-dua kerajaan mencapai matlamat tersebut?

  30. Berikut adalah tokoh Melayu yang mencadangkan idea penggabungan wilayah sejak sebelum Perang Dunia Kedua • Dr. Burhanuddin al-Helmi • Ibrahim Haji Yaakob • Ahmad Boestamam Mereka mencadangkan supaya Tanah Melayu digabungkan dengan

  31. Pegawai British berikut mencadangkan idea pembentukan Malaysia. • Lord Brassey • Malcolm MacDonald • Geofroy Tory Mengapakah mereka mencadangkan pembentukan Malaysia? I Meredakan tekanan II Memperkukuh kuasa III Memanfaatkan potensi ekonomi IV Memperkasa keselamatan wilayah

  32. Mengapakah Singapura berpisah daripada Malaysia?

  33. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, wilayah dan kawasan di negara kita. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah tersebut?

  34. Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. • Kegiatan persatuan • Unit beruniform • Sukan dan permainan Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?

  35. Gambar berikut berkaitan dengan perkhidmatan Feri Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1986. [Gambar: kapal Feri Malaysia] Mengapakah perkhidmatan tersebut diperkenalkan?

    Diagram for question 35
  36. Maklumat berikut berkaitan polarisasi kaum di Tanah Melayu pada zaman British. Apakah kesan polarisasi tersebut?

  37. Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bagaimanakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?

  38. Malaysia menjalin hubungan serantau dengan beberapa buah negara. Apakah kesan hubungan serantau tersebut?

  39. Semasa Tunku Abdul Rahman menjawat jawatan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, beliau mengamalkan dasar luar

  40. Malaysia telah memperkenalkan Anugerah Langkawi mulai tahun 1991. Apakah tujuan anugerah tersebut diperkenalkan?