SPM Tuition
Subject
  1. Maklumat berikut merujuk kepada alat kebesaran diraja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. • Nobat • Regalia Apakah kepentingan peralatan tersebut?

  2. Maklumat berikut berkaitan dengan hubungan timbal balik antara pemerintah dengan rakyat. Rakyat yang menderhaka kepada raja akan ditimpa tulah. Bagaimanakah rakyat boleh menggelakkan diri daripada kecelakaan tersebut?

  3. Pasangan pernyataan yang manakah menunjukkan matlamat nasionalisme peringkat awal di Burma dan Vietnam? (Burma | Vietnam)

  4. Jadual berikut berkaitan dengan golongan intelektual berpendidikan Melayu. Institusi | Kejayaan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) | Melahirkan semangat kesedaran bangsa Bagaimanakah kejayaan tersebut dicapai?

  5. Maklumat berikut berkaitan dasar pendidikan Jepun di Tanah Melayu. • Menekankan semangat Nippon Seishin • Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) Mengapakah Jepun melaksanakan dasar tersebut?

  6. Akhbar berikut diterbitkan semasa pendudukan Jepun. Mengapakah akhbar tersebut diterbitkan?

    Diagram for question 6
  7. British telah memperkenalkan British Military Administration (BMA) pada 12 September 1945 di Tanah Melayu. Apakah tujuan BMA diperkenalkan? I Meningkatkan pelaburan ekonomi II Mengembalikan keamanan negara III Memulihkan kepercayaan rakyat IV Melaksanakan sistem naungan

  8. Maklumat berikut berkaitan dengan slogan yang digunakan oleh penduduk Sarawak semasa demonstrasi pada 30 Oktober 1946. • Sarawak adalah hak kami • Leburkan kolonial Mengapakah slogan tersebut digunakan?

  9. Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut?

  10. Maklumat berikut berkaitan dengan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ah Chong lahir di Melaka pada tahun 1946. Status kerakyatan beliau ialah rakyat

  11. Tokoh berikut merupakan pemimpin Melayu berhaluan kiri yang ditangkap oleh British. • Ahmad Boestamam • Ishak Haji Muhammad Mengapakah British bertindak sedemikian?

  12. Apakah tuntutan Tunku Abdul Rahman dalam Rundingan Baling? I Meletakkan senjata II Menyertai Perikatan III Menyokong kerajaan IV Membubarkan PKM

  13. Tokoh berikut terlibat dalam Sistem Ahli. Dato’ Onn Jaafar, E.E.C. Thuraisingham, Lee Tiang Keng Apakah peranan tokoh tersebut?

    Diagram for question 13
  14. Apakah tuntutan Persidangan Kebangsaan yang berlangsung pada bulan Februari 1954?

  15. Maklumat berikut berkaitan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Penentuan Sempadan Kawasan → X → Penamaan Calon → Y Apakah X dan Y? I Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya II Pelantikan penyelia pilihan raya III Pendaftaran pengundi IV Pengiraan undi

  16. Gambar berikut menunjukkan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955. Apakah sumbangan kabinet pertama kepada negara kita?

    Diagram for question 16
  17. Bagaimanakah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjalankan tugasnya? I Melantik Gabenor II Meminta cadangan penduduk III Meneliti kedudukan perlembagaan IV Mengadakan Pilihan Raya Persekutuan

  18. Raja-raja Melayu telah mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah cadangan yang terkandung dalam memorandum tersebut?

  19. Negara memainkan peranan penting pada peringkat antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Komanwel. Penyertaan dalam Blok Sterling Apakah manfaat yang diperoleh negara daripada penyertaan tersebut?

  20. Gambar berikut menunjukkan lambang kebangsaan negara. Jata Negara 1957 Mengapakah lambang tersebut penting kepada negara?

    Diagram for question 20
  21. Apakah takrif kedaulatan negara?

  22. Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi. Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?

  23. Gambar berikut menunjukkan bangunan Parlimen di Malaysia. Apakah peranan Parlimen dalam pentadbiran?

    Diagram for question 23
  24. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pilihan raya sebagai asas sistem demokrasi di Malaysia. Apakah rasional peruntukan tersebut?

  25. Antara berikut, yang manakah fungsi Majlis Raja-Raja? I Mengisytiharkan darurat II Menjadi Lembaga pengampunan III Memilih Yang di-Pertuan Agong IV Melantik diplomat Malaysia

  26. Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran negara kita. Konflik berlaku di antara badan perundangan dengan badan eksekutif berkaitan undang-undang. Bagaimanakah konflik tersebut dapat diselesaikan?

  27. Projek perumahan berikut telah dilaksanakan di Malaysia. • Rumah Selangorku • Projek Rumah Perakku Mengapakah projek perumahan tersebut dilaksanakan?

  28. Struktur organisasi berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSCOM: Perdana Menteri Malaysia → Pengerusi Jawatankuasa ESSZONE: Ketua Menteri Sabah → Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM | Komander ESSCOM Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?

  29. Apakah kandungan laporan Suruhanjaya Cobbold mengenai Sarawak dan Sabah?

  30. Apakah inti pati utama Perjanjian Malaysia (MA63) kepada Sarawak dan Sabah? I Pentadbiran dikawal oleh Yang di-Pertuan Agong II Tarikh pembentukan pada 16 September 1963 III Memperuntukkan tempoh masa peralihan IV Kerajaan British mengiktiraf kedaulatan

  31. Berikut merupakan krisis politik yang berlaku di Sarawak selepas pembentukan Malaysia. Stephen Kalong Ningkan berjaya memenangi kes pemecatan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak pada September 1966. Apakah reaksi Council Negri terhadap keputusan ini?

  32. Rusuhan kaum telah berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964 sehingga menimbulkan ketegangan antara kaum. Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?

  33. Pembinaan negara Malaysia diperkukuhkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Pembentukan Malaysia berasaskan elemen I asimilasi bangsa II perpaduan kaum III integrasi nasional IV kepelbagaian agama

  34. Gambar berikut merujuk kepada dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Apakah kepentingan dasar tersebut?

    Diagram for question 34
  35. Apakah matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) diwujudkan?

  36. Garis masa berikut menunjukkan perlaksanaan dasar perindustrian negara. DASAR PERINDUSTRIAN MALAYSIA TAHUN 1983 PROTON 1983 PERODUA 1993 Apakah kesan daripada perlaksanaan dasar tersebut?

  37. Antara berikut, yang manakah membuktikan negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama? I Menyediakan kemudahan kredit II Mengenakan kadar cukai yang rendah III Menjayakan projek pengeluaran baja urea IV Mengenakan tarif kepada komoditi utama negara

  38. Malaysia berperanan penting dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM). Apakah tujuan penubuhan NAM?

  39. Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?

  40. Malaysia pernah berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 1997-1998. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menangani krisis tersebut?