Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah taklukan?
Maklumat berikut berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka.
Fasal 30
Peraturan urus niaga
Apakah kandungan fasal tersebut?
Akhbar al-Urwah al-Wuthqa digunakan untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme.
Apakah seruan akhbar tersebut?
Berikut merupakan institusi pendidikan yang wujud pada awal abad ke-20.
• Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
• Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)
Bagaimanakah institusi ini menyemarakkan nasionalisme?
Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson terbentuk hasil persidangan damai selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Apakah prinsip yang terkandung di dalam deklarasi tersebut?
Force 136 dan pertubuhan gerila Melayu bekerjasama untuk menentang Jepun.
Apakah kerjasama tersebut?
I Membiayai operasi
II Membina senjata
III Melakukan sabotaj
IV Menyebar propaganda
Berikut ialah petikan akhbar yang menunjukkan bantahan orang Melayu.
Hari lahirnya Malayan Union itu adalah hari-hari yang sehabis-habis sedih bagi orang Melayu. Oleh itu, orang-orang Melayu haruslah berkabung menandakan kesedihannya...
Sumber: Diubah suai daripada Warta Negara, 3 April 1946.
Mengapakah orang Melayu berpendapat sedemikian?
Mengapakah Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British?
I Dasar hubungan luar
II Pelaksanaan dekolonisasi
III Kekurangan kewangan
IV Masalah pewarisan takhta
Mengapakah pentadbir British menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Apakah bukti kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan melalui peruntukan perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Mengapakah Partai Komunis Indonesia berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?
Bagaimanakah Sir Gerald Templer berusaha memenangi hati dan fikiran penduduk Persekutuan Tanah Melayu supaya bersatu membanteras ancaman komunis?
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan di negara kita pada Januari 1949.
Apakah objektif pembentukan jawatankuasa tersebut?
I Mewujudkan keadaan muhibah
II Membetulkan keadaan ekonomi
III Memperoleh kemerdekaan negara
IV Melatih penduduk dalam pentadbiran
Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?
Dalam pilihan raya peringkat negeri yang diadakan pada tahun 1954, Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.
Apakah faktor yang mempengaruhi kemenangan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Kuasa pegawai British kini beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan. Namun begitu, masih terdapat pegawai British yang dikekalkan.
Apakah peranan pegawai British yang dikekalkan tersebut?
Apakah perkara yang disepakati dalam rundingan kemerdekaan di London antara perwakilan Tanah Melayu dengan British?
Manakah antara berikut merupakan terma rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menjalankan tugasnya?
I Menentukan sempadan setiap negeri
II Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat
III Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu
IV Mengurangkan kuasa pemerintahan British
Maklumat berikut berkaitan persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Seramai 300 orang pegawai kerajaan mengikuti kursus khas berkaitan protokol yang dianjurkan oleh kerajaan selama tiga hari.
Mengapakah kursus protokol tersebut penting kepada pegawai terbabit?
Bagaimanakah kerajaan memastikan projek berkaitan kemudahan asas dilaksanakan dengan baik selepas negara mencapai kemerdekaan?
Apakah yang ditekankan dalam konsep kedaulatan tradisional?
Bagaimanakah kerajaan mengukuhkan pertahanan dalam mengekalkan kedaulatan negara?
Apakah tujuan British memperkenalkan undang-undang Charter of Justice?
Undang-undang berikut digubal dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
• Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911
Apakah persamaan undang-undang tersebut?
Apakah fungsi Majlis Raja-raja berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan?
I Menentukan sistem kewangan
II Membubarkan Dewan Rakyat
III Menganggotai Lembaga Pengampunan
IV Memperkenankan perubahan sempadan
Apakah kesan pembentukan Konfederasi Negeri Sembilan 1895?
Pemuliharaan khazanah negara merupakan tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Bagaimanakah kerjasama ini dilaksanakan?
I Menubuhkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
II Mempergiatkan pelibatan agensi swasta
III Menyelaras pentadbiran taman laut
IV Memperkenalkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar
Mengapakah Sir Geofroy Tory mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu digabungkan dengan Singapura?
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
• X
• Menyebarkan maklumat berkaitan Malaysia
• Menyediakan ruang perbincangan bagi mencapai kata sepakat
Apakah X?
Apakah punca tercetusnya peristiwa rusuhan kaum di Singapura pada 21 Julai 1964?
Mengapakah pemimpin komunis Bong Kee Chok menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak pada 13 Oktober 1973?
Bagaimanakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan dijelmakan dalam kalangan masyarakat Malaysia?
I Program Citrawarna
II Pengiktirafan kepada tokoh
III Penubuhan Majlis Sukan Universiti
IV Penguatkuasaan undang-undang
Maklumat berikut menunjukkan prinsip kelima Rukun Negara.
Kesopanan dan Kesusilaan
Bagaimanakah prinsip tersebut dapat disemai dalam kalangan rakyat Malaysia?
Mengapakah penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilaksanakan?
Apakah fungsi Taman Teknologi Perindustrian di Malaysia?
Berikut berkaitan dengan dasar luar Malaysia.
Probarat dan antikomunis → Berkecuali
Mengapakah berlaku perubahan dasar tersebut?
Mengapakah Malaysia menandatangani Perisytiharan Lusaka pada tahun 1970?
Kemelesetan ekonomi yang berlaku di Malaysia pada tahun 1997 hingga 1998
Apakah punca perkara itu berlaku?
Maklumat berikut berkaitan dengan isu kelestarian global
Agenda 21
Apakah perkara yang menjadi fokus utama agenda tersebut?
I Mengatasi isu pelarian perang
II Mengelak perlumbaan senjata
III Menyelesaikan masalah kebuluran
IV Memulihkan kemerosotan ekosistem