SPM Tuition
Subject
  1. Kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa. Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

  2. Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka. Bagaimanakah Lingga, Patani dan Kedah diperoleh?

  3. John Locke telah mempopularkan prinsip raja berperlembagaan melalui karya "Two Treatises of Government". Apakah tindakan beliau untuk menyokong prinsip tersebut?

  4. Maklumat berikut adalah karya kreatif Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. • Anak Mat Lela Gila • Putera Gunung Tahan Bagaimanakah Pak Sako mampu membangkitkan kesedaran nasionalisme melalui karya yang ditulisnya?

  5. Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama di Eropah?

  6. Maklumat berikut merujuk kepada rundingan yang diadakan selepas kekalahan Jepun di Tanah Melayu. Tarikh: Ogos 1945 Wakil: • Dato' Onn Jaafar dan Kiai Salleh • Ketua Bintang Tiga Lokasi: Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Johor Apakah kesan daripada usaha tersebut?

  7. Mengapakah British memperkenalkan pentadbiran British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu?

  8. Pada 1 Julai 1946, Sarawak telah diserahkan kepada Kerajaan British. Apakah kesan penyerahan tersebut kepada negeri Sarawak?

  9. Apakah cadangan Jawatankuasa Kerja 1946? I Menjaga keistimewaan orang Melayu II Meningkatkan ekonomi orang Melayu III Melonggarkan syarat kewarganegaraan IV Memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu

  10. Mark Adam dilahirkan di New Zealand. Ayahnya merupakan Rakyat Raja. Bagaimanakah beliau boleh mendapatkan taraf kerakyatan Tanah Melayu?

  11. Mengapakah penduduk di pinggir hutan dipaksa berpindah ke Kampung Baru?

  12. Apakah maksud 'Kawasan Putih' yang diperkenalkan oleh British?

  13. Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya?

  14. Apakah fungsi ahli dalam Sistem Ahli yang telah ditubuhkan pada tahun 1951?

  15. Lim An merupakan warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang mahu mengundi dalam Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955. Apakah syarat yang beliau harus ikuti?

  16. Apakah implikasi penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 kepada rakyat tempatan?

  17. Antara berikut, yang manakah wakil Raja-raja Melayu dalam rundingan London 1956? I Tunku Abdul Rahman II Dato' Nik Ahmad Kamil III Dato' Abdul Wahab Aziz IV Dr. Ismail Abdul Rahman

  18. Maklumat berikut berkaitan jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut memorandum Raja-raja Melayu untuk dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. • Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu • Dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan • X X merujuk kepada

  19. Maklumat berikut berkaitan pendapat seorang tokoh tentang pengertian kemerdekaan. Kemerdekaan merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya. Pendapat di atas diungkapkan oleh

  20. Rancangan Buku Merah telah dilancarkan pada 25 Januari 1961. Mengapakah Rancangan Buku Merah diperkenalkan?

  21. Apakah maksud negara yang berdaulat?

  22. Bagaimanakah kerajaan mengukuhkan pertahanan negara?

  23. Apakah persamaan undang-undang negeri Melayu berikut? • Hukum Kanun Pahang • Undang-Undang Johor • Undang-Undang 99 Perak

  24. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipinda pada tahun 1963?

  25. Maklumat berikut berkaitan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita. Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?

  26. Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi. Apakah bukti negara kita mengamalkan kebebasan asasi dalam beragama? I Islam sebagai agama Persekutuan II Sikap diskriminasi terhadap agama lain III Aktiviti keagamaan dijalankan secara tertutup IV Penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing

  27. Manakah antara berikut yang terkandung dalam Senarai Bersama?

  28. Apakah agensi yang ditubuhkan untuk melaksanakan pembangunan tanah berikut? Menyatukan, memulihkan dan membangunkan tanah kerajaan

  29. Apakah idea pembentukan Malaysia yang diperjuangkan oleh nasionalis Tanah Melayu?

  30. Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada tahun 1962 untuk menjayakan gagasan Malaysia. Apakah tujuan pembentukan suruhanjaya tersebut?

  31. Apakah faktor kejayaan kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia? I Kepelbagaian kaum II Kesepakatan jadi amalan III Pemimpin dan rakyat bermuafakat IV Penentangan kumpulan nasionalis

  32. Yang Di-Pertuan Agong telah memperkenankan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussien. Apakah tanggungjawab majlis tersebut?

  33. Laporan Rahman Talib dibuat bertujuan untuk penambahbaikan dan dilaksanakan sepenuhnya melalui Kajian Aminuddin Baki. Perkara manakah berkaitan dengan Kajian Aminuddin Baki?

  34. Mengapakah rakyat Malaysia perlu mendukung dan menghormati matlamat memelihara cara hidup demokratik?

  35. Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah menghapuskan kemiskinan tegar terhadap golongan petani dan nelayan. Apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap golongan tersebut? I Subsidi II Sokongan III Perniagaan IV Pemasaran

  36. Apakah strategi kerajaan bagi memastikan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) mencapai matlamat untuk menyusun semula masyarakat?

  37. Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan negara Arab Saudi, Mesir, Turki dan Yaman. Apakah faktor mempengaruhi hubungan dengan negara tersebut?

  38. Mengapakah Malaysia menentang dasar 'Aparteid' yang diamalkan di Afrika Selatan?

  39. Mengapakah Malaysia menubuhkan International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)?

  40. Manakah antara berikut merupakan langkah proaktif dalam menangani isu hak asasi manusia, pelarian dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia?