SPM Tuition
Subject
  1. Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai kerajaan yang unggul? I Dilindungi kuasa besar II Keupayaan pemerintah III Berada di laluan strategik IV Bantuan ketenteraan dari luar

  2. Apakah tugas Temenggung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

  3. Raden Adjeng Kartini telah menulis dua buah karya berikut. • Habis Gelap Terbitlah Terang • Penulisan Seorang Puteri Jawa Mengapakah karya tersebut dihasilkan?

  4. Mengapakah munculnya idea nasionalisme di negara kita?

  5. Apakah faktor yang mendorong tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914?

  6. Maklumat berikut berkaitan dengan fahaman ideologi politik. X: • Memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu. • Percaya kepada nasionalisme melampau termasuk berperang bagi meningkatkan imej negara. Apakah X?

  7. Mengapakah Persidangan Raja-raja Melayu pada April 1946 memutuskan untuk membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England?

  8. Maklumat berikut berkaitan faktor penyerahan Sarawak kepada British. • Desakan kerajaan British Apakah kesan tindakan tersebut?

  9. Mengapakah tindakan Jawatankuasa Kerja tidak disenangi oleh golongan nasionalis Melayu radikal dan golongan bukan Melayu?

  10. Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? I Kerakyatan jus soli dihapuskan II Mewujudkan kerjasama kaum III Membuka ruang kewarganegaraan IV Rakyat bebas memilih pemimpin

  11. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu. Tahun: 17 Jun 1948 | Peristiwa: Undang-Undang Darurat diisytiharkan Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?

  12. Gambar berikut menunjukkan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman menandatangani penamatan Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948. [Gambar] Sumber: Pusat Maklumat Utusan dan Unit Foto Utusan Melayu (M) Bhd. Apakah kesan zaman darurat terhadap negara kita? I Mempercepat kemerdekaan II Menanam semangat perjuangan III Merangka sebuah perlembagaan IV Meningkatkan kos perbelanjaan

    Diagram for question 12
  13. Rajah berikut berkaitan dengan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 → Sukatan pelajaran yang seragam Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 → Bahasa pengantar yang sama Apakah kepentingan penyata tersebut terhadap negara?

  14. Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan parti politik di Tanah Melayu. Tarikh: September 1951 Parti: Independence of Malayan Party (IMP) Pengasas: Dato' Onn Jaafar, Tan Cheng Lock Mengapakah parti tersebut ditubuhkan? I Memelihara kepentingan penduduk II Menuntut keadilan sosioekonomi III Mencapai kemerdekaan negara IV Menyatukan pelbagai kaum

  15. Tarikh: 21 April 1954 Peristiwa: Tunku Abdul Rahman ke London bersama-sama dengan Tan Cheng Lock, T.H. Tan dan Dato' Abdul Razak Hussien Peristiwa di atas dikaitkan dengan

  16. Tokoh berikut merupakan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. [Gambar: Dato' Abdul Razak Hussein] Apakah sumbangan beliau dalam kabinet tersebut?

    Diagram for question 16
  17. Apakah Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

  18. Maklumat berikut berkaitan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Parti Negara menolak kewarganegaraan yang longgar Apakah tindakan yang dilakukan Parti Negara berkaitan isu tersebut?

  19. Bagaimanakah kemerdekaan sesebuah negara dapat dikekalkan? I Meninggalkan nilai-nilai tradisional bangsa II Mengelakkan pengaruh luar yang negatif III Menyumbang idea untuk keperluan bangsa IV Meningkatkan usaha untuk kepentingan peribadi

  20. Maklumat berikut berkaitan dengan persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu. • Jawatankuasa Persediaan Fizikal • Jawatankuasa Sambutan Apakah peranan kedua-dua jawatankuasa tersebut?

  21. Konsep kedaulatan tradisional merujuk kepada

  22. Apakah ciri negara yang berdaulat? I Kerajaan yang sistematik II Sempadan yang jelas III Rakyat berbilang kaum IV Mendapat naungan negara asing

  23. British telah memperkenalkan Charter of Justice yang diambil dari England pada tahun 1807. Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan di Negeri-negeri Selat?

  24. Mengapakah perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?

  25. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?

  26. Rajah berikut berkaitan dengan komponen Parlimen Malaysia. [Piramid] Yang di-Pertuan Agong Dewan Negara X Apakah X?

  27. Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri. Apakah perkara yang terletak dalam Senarai Negeri?

  28. Gambar berikut menunjukkan suasana mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. [Gambar] Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?

    Diagram for question 28
  29. Pegawai berikut mencadangkan idea pembentukan Malaysia. • Lord Brassey • Sir Gerald Tampler Mengapakah mereka mencadangkan pembentukan Malaysia? I Memanfaatkan potensi ekonomi II Memastikan keselamatan wilayah III Menghalang kemasukan imigran IV Membendung ancaman komunis

  30. Pada September 1962, referendum telah diadakan di Singapura. Mengapakah referendum tersebut diadakan?

  31. Terdapat cabaran yang dihadapi oleh kerajaan selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Apakah cabaran tersebut? I Perpaduan kaum II Pembangunan dan ekonomi III Kekurangan bahan mentah IV Ketiadaan pemimpin yang berwibawa

  32. Tokoh: Lee Kuan Yew | Slogan: Malaysian Malaysia Apakah kesan slogan tersebut terhadap kerajaan Persekutuan.

  33. Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. • Kegiatan persatuan • Unit beruniform • Sukan dan permainan Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?

  34. Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara? I Mencipta masyarakat yang adil II Menjamin hak kebebasan rakyat III Memperkasa semangat kenegerian IV Membentuk masyarakat demokratik

  35. Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein pada 20 Disember 1974. Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?

  36. Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Negara (DPN). Meningkatkan saham kaum bumiputera sekurang-kurangnya mencapai 30% dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden. Apakah strategi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut?

  37. Pada tahun 1963, Pertubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) telah ditubuhkan. Apakah tujuan penubuhan tersebut?

  38. Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iran- Iraq dalam konteks pertubuhan OIC. Apakah kesan daripada pelibatan Malaysia dalam isu tersebut?

  39. Berikut ialah negara-negara yang terlibat dalam isu tuntutan Kepulauan Spartly yang terletak di Laut China Selatan. • Malaysia • China • Vietnam • Brunei • Filipina Apakah asas yang menjadi tuntutan negara-negara tersebut terhadap Kepulauan Spartly?

  40. Berikut ialah persidangan yang telah disertai oleh Malaysia dalam menangani isu pelepasan gas rumah hijau. Persidangan | Tahun Protokol Kyoto | 1997 Persidangan Alam Sekitar | 2007 Apakah persetujuan yang telah dicapai dalam persidangan tersebut?