SPM Tuition
Subject

KELANTAN 2025 P2 Q5

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Sistem perundangan dan pentadbiran tersusun membolehkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang masyhur.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan sistem pentadbiran pusat Kesultanan Melayu Melaka.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan undang-undang berikut: (i) Hukum Kanun Melaka [4 markah] (ii) Undang-undang Laut Melaka [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Sistem perundangan yang mantap adalah antara prasyarat pembinaan negara dan seterusnya sebuah peradaban. Perkara yang tidak dapat dinafikan keperluannya dalam pembentukan peradaban ialah kehidupan masyarakat yang teratur. Keteraturan sosial adalah prasyarat sebuah peradaban. Dalam rangka itu Malaysia hendaklah mempunyai undang-undang dan sistem perundangannya yang tersendiri. Hanya undang-undang bercirikan identiti tersendiri dan meletakkan prinsip serta nilai agama boleh mempertahan peradaban negara. Hingga ke hari ini. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri mampu membentuk perundangan yang stabil. Ini terbukti dengan terserlahnya kejayaan Malaysia mengekalkan kesejahteraan negara sehingga kita hampir mencecah enam puluh tahun merdeka. Sumber : Dr Shamrahayu A Aziz - April 1, 2015 @ 7:22 [email protected] Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]