SPM Tuition
Subject

PUTRAJAYA SET 2 2025 P2 Q5

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka. • Hukum Kanun Melaka • Undang-Undang Laut Melaka

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan perkara yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.

      [6]
    2. (b)

      Undang-Undang Laut Melaka dilaksanakan oleh beberapa nakhoda Melaka iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak. Jelaskan mengenai Undang-Undang Laut Melaka sehingga membawa kemajuan kepada Melaka.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan. Negara Malaysia mempunyai jata yang menjadi lambang rasmi negara. Jata negara telah diperkenan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada tahun 1952. Sesebuah negara mestilah mempunyai identiti. Tanpa identiti, sesebuah negara itu tidak mempunyai karakter atau personaliti. Dalam hal ini, jata negara berfungsi sebagai identiti negara. Setiap warna, objek, binatang, dan cogan kata mempunyai maksud dan falsafahnya yang tersendiri. Selain menjadi identiti negara, jata negara juga berfungsi sebagai simbol perpaduan negara ini. Negara ini terbentuk daripada gabungan banyak negeri. Dalam jata ini, kewujudan setiap negeri dalam pembentukan negara ini diabadikan dalam bentuk keris, kepelbagaian warna, dan logo negeri masing-masing. Cogan kata yang berbunyi "Bersekutu Bertambah Mutu" dengan jelas menunjukkan penerapan unsur perpaduan. Selain itu, jata negara menjadi alat penyatupaduan semua rakyat daripada pelbagai negeri. Cogan kata pada jata menunjukkan bahawa rakyat digesa agar bersatu. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat yang bersatu padu akan melahirkan negara yang kuat dan stabil. Kestabilan negara ini akan mengekalkan keamanan dan keharmonian. Di samping itu, jata negara dapat meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat. Perbezaan negeri tidak menghalang rakyat Malaysia bersatu padu. Sebagai contoh, masalah bencana alam yang menimpa rakyat negeri Kelantan turut dirasai oleh rakyat negeri lain seperti Selangor dan Kedah. Masing-masing menghulurkan bantuan kepada rakyat negeri lain atas faktor kemanusiaan dan kekitaan. Kesimpulannya, jata negara ialah lambang negara yang sangat penting. Peranannya bukan sekadar menjadi identiti dan gambaran keperibadian negara malahan sebagai agen penyatuan rakyat. Sumber diubahsuai: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 muka surat 139 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingannya membina negara dan bangsa Malaysia.

      [8]