SELANGOR SET 3 2022 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang tersusun berasaskan syariah dan hukum adat.
20 marks- (a)
Jelaskan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.
[6] - (b)
Undang-Undang Laut Melaka berjaya memastikan aktiviti pelayaran dan organisasi di atas kapal sistematik dan berkesan. Buktikan pernyataan tersebut.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Ahli falsafah undang-undang Rom, Marcus Tullius Cicero pernah menyatakan kebahagiaan sesebuah masyarakat itu bergantung kepada kepatuhan setiap individu terhadap undang-undang. Penyataan itu jelas menggambarkan hubungan sesama manusia tidak boleh berlaku dengan sempurna jika tiada peraturan dan undang-undang. Kesannya dapat dilihat di banyak negara dunia apabila undang-undang dan keadilan tidak menjadi pasak utama, natijahnya, berlaku kacau-bilau yang sekali gus merobek keharmonian masyarakat. Keadaan tegang yang menggugat perpaduan juga tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita leka dan tidak mendukung prinsip keempat Rukun Negara yang mendaulatkan undang-undang. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kejayaan yang boleh dicapai oleh negara kita sekiranya rakyat mendaulatkan undang-undang.
[8]