KELANTAN 2022 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Kemerdekaan negara 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa yang penuh bermakna kepada rakyat dan negara.
20 marks- (a)
Apakah yang anda faham tentang kemerdekaan?
[4] - (b)
Terangkan kesan kemerdekaan terhadap negara kita.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Menikmati kemerdekaan adalah impian hidup setiap rakyat bagi negara yang dijajah British. Kemerdekaan tidak ternilai nikmatnya kerana ia memberi peluang kepada sesebuah negara menentukan hala tuju dan masa depan. Kemerdekaan negara ini dikongsi oleh tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India serta lain-lain etnik di Sabah dan Sarawak. Pelbagai suka duka dilalui rakyat negara ini sehingga kita menikmati pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan. Kemajuan negara bukan sahaja sumbangan besar kepemimpinan negara, malah pelbagai lapisan masyarakat atau rakyat bekerja keras dalam memastikan kehidupan kita berubah. Pelbagai dasar membabitkan aspek sosioekonomi dilaksanakan kerajaan demi menjamin rakyat menikmati keselesaan dalam mengharungi perjalanan hidup. Walaupun ia dinikmati bangsa Melayu, bangsa lain juga mendapat limpahan nikmatnya. Bumi Malaysia sungguh bertuah buat pelbagai bangsa hasil tadbir urus negara sekian lama yang mementingkan kestabilan politik dan ekonomi. Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/hargai-nikmat-kemerdekaan Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan cara anda menghargai kemerdekaan negara.
[8]