SPM Tuition
Subject

PAHANG 2021 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Kemerdekaan sememangnya sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu. Bagi memastikan detik ini bermakna kepada negara dan rakyat, beberapa persediaan telah diatur pada peringkat Persekutuan dan negeri.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan Jawatankuasa Sambutan dalam persediaan menyambut kemerdekaan.

      [6]
    2. (b)

      Detik yang penuh bersejarah telah berlangsung di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Terangkan peristiwa tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Petikan berikut berkaitan dengan kemerdekaan negara. GEORGE TOWN, 9 Ogos – Sempena menyambut bulan kemerdekaan ini, seorang veteran Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini menyeru agar rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada peristiwa yang terjadi pada masa lepas untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat patriotik. Yahya Hussain, 65, berkata, masyarakat khususnya anak muda perlu menanamkan semangat cintakan negara dan mempertahankan keamanan negara yang dilihatnya semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat. “Harapan saya buat rakyat Malaysia khususnya anak muda yang akan mewarisi negara supaya sentiasa menjaga keamanan, jangan runtuhkan kemerdekaan yang kita telah kecapi. Bukan senang untuk capai kemerdekaan, orang terdahulu bermati-matian untuk keamanan kita sekarang. Sebagai individu yang sanggup menggadaikan nyawa demi keamanan dan perpaduan negara, beliau sedih melihat segelintir pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab sengaja mewujudkan provokasi demi kepentingan sendiri. “Seorang anggota keselamatan diibarat sebagai mati hidup semula, bagai pagar yang melindungi semua. Buat generasi muda, kenang dan hayatilah perjuangan orang terdahulu. Fikir sebelum bertindak, hargai keamanan ini,” katanya. Sumber : BERNAMA, 9 Ogos 2019 Jelaskan maklumat yang anda perolehi daripada petikan tersebut. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita pada hari ini?

      [8]