JOHOR SET 3 2024 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Idea nasionalisme di Barat dikaitkan dengan perjuangan untuk memperolehi kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing. Selain itu, ia juga hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.
20 marks- (a)
Jelaskan maksud nasionalisme.
[4] - (b)
Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme berikut: I. Revolusi Amerika (1776) [4 markah] II. Revolusi Perancis (1789) [4 markah]
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Nasionalisme hari ini adalah gerakan mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka untuk mengekalkan kedaulatan sesebuah negara. Ia juga menjamin kemerdekaan warganegaranya dan membebaskan akal dan fikiran mereka. Dengan kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat kebangsaan yang kuat untuk mencintai negara sesuai dengan keperluan semasa. Oleh itu, budaya, agama, bahasa dan kepercayaan berbeza seharusnya boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui elemen-elemen tersebut juga, ia mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi sesebuah negara. Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat. Secara keseluruhannya, nasionalisme boleh membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing yang memecahbelahkan rakyat. Namun begitu pengertian nasionalisme dalam konteks selepas merdeka lebih menjurus sebagai satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan meninggikan martabat serta kedaulatan negara. (Sumber ubah suai: http://www.sinarharian.com.my) Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]