KELANTAN 2024 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Penjajahan barat pada abad ke-19 telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
20 marks- (a)
Jelaskan maksud nasionalisme.
[4] - (b)(i)
Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara berikut: (i) Filipina
[4] - (b)(ii)
(ii) Thailand
[4] - (c)
Baca petikan berikut. Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara jelas membuktikan peranan penting anak muda dalam mencapai perubahan sama ada dalam bentuk melawan penjajahan mahupun mengisi kemerdekaan seawal abad 20. Hal ini menunjukkan penglibatan anak muda dalam proses politik tidak asing lagi di Asia Tenggara. Ketika gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sedang memuncak, anak muda terlibat dengan sangat aktif, malah mereka memegang banyak posisi politik yang penting. Hal ini memperlihatkan sumbangan besar anak muda bukan sahaja di Malaysia malah seluruh rantau ini dalam perjuangan kemerdekaan. Namun, anak muda kini sendiri tidak merasakan kemerdekaan sebagai perjuangan mereka, sebaliknya adalah usaha datuk dan nenek kita semata-mata. Lebih malang lagi, anak muda kita sering pula difitnah sebagai tidak patriotik dan tidak menghargai kemerdekaan ini. Tuduhan dan sangkaan ini tidak akan membantu untuk membina semangat pemuda kita kini. Sumber ubah suai : https://www.astroawani.com, 28 Ogos 2019 Huraikan mesej yang terkandung dan iktibar yang diperoleh daripada petikan tersebut.
[8]