SPM Tuition
Subject

MELAKA 2025 P2 Q5

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme dengan negara lain di Asia Tenggara.

    20 marks
    1. (a)

      Huraikan perkembangan nasionalisme yang berlaku di Thailand.

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan iktibar perjuangan pemimpin terdahulu di Thailand.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berita berikut dengan teliti. KUALA LUMPUR - Pengorbanan jerih perih pemimpin-pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan harus sentiasa diingati dan dihargai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Dalam catatan menerusi Facebook, beliau berkata, perjuangan serta pengorbanan para pemimpin terdahulu telah membentuk jati diri bangsa Malaysia sehinggalah hari ini. "Merdeka harus sentiasa tersemai dalam setiap jiwa kita, bagi memperingati legasi dan warisan tokoh-tokoh seperti Almarhum ayahanda saya Yusuf Merais, antara yang berjuang dengan semangat waja penuh pengorbanan dan keazaman tanpa mengenal titik henti. "Bersama rakan seperjuangannya Rosli Dhobi, mereka gigih mengukir sejarah kemerdekaan negara, sebagai sebuah kisah yang penuh dengan curahan keringat, pengorbanan dan keberanian. Perjuangan serta pengorbanan mereka yang terdahulu telah membentuk jati diri bangsa kita sehinggalah hari ini. Cahaya Merdeka yang menyala dalam jiwa kita adalah warisan daripada mereka yang merupakan sumber semangat yang mampu kita abadikan dalam setiap usaha kita sehingga kini," katanya. Fadillah berkata, meraikan kepelbagaian, hidup bersatu padu, menghargai keunikan budaya, kepercayaan dan etnik di negara telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur. Beliau berkata, semua kaum di negara ini saling melengkapi antara satu sama lain, dalam simfoni ikatan harmoni. "Berakar umbi daripada legasi merdeka, perpaduan ini memaknai hubungan kukuh yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. "Segulai Sejalai (Seiring Sejalan) kita memandang ke hadapan, melukis potret kemajuan yang kemakmuran dan perpaduan bersatu," katanya. (Sumber: www.sinarharian.com.my) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan meneladani perjuangan pemimpin terdahulu.

      [8]