SARAWAK SET 3 2022 P2 Q1
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) yang ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak pada 1922 telah berjaya melahirkan ramai nasionalis di negara kita.
10 marks- (a)
Bagaimanakah institusi tersebut berperanan dalam melahirkan semangat kesedaran bangsa?
[3] - (b)
Senarai berikut merupakan persatuan yang memperjuangkan nasionalisme orang Melayu. • KESATUAN MELAYU SINGAPURA • PERSAUDARAAN SAHABAT PENA • KESATUAN MELAYU MUDA Jelaskan perjuangan salah satu persatuan tersebut.
[3] - (c)
Petikan akhbar berikut berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. "…sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan. Semangat muhibah terhasil apabila rakyat yang berasal dari etnik dan agama yang berbeza saling menghormati antara satu sama lain, sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum". Diubahsuai daripada, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605018/perpaduan-kaum-di-malaysia-perlu-terus-utuh (9 September 2019) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan.
[4]