SMKA, SABK 2024 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara.
20 marks- (a)
Jelaskan maksud nasionalisme.
[4] - (b)
Huraikan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita pada abad ke-20.
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Pada zaman kolonial, rakyat mengalami penindasan dan eksploitasi oleh penjajah. Hal ini menyebabkan timbulnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah. Beberapa tokoh nasionalis terkenal pada masa itu seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar dan Dr. Burhanuddin al-Helmy memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kesedaran rakyat. Setelah merdeka pada tahun 1957, semangat nasionalisme terus berkembang di negara kita. Rakyat mula memperjuangkan hak-hak mereka dan membangunkan negara yang merdeka dan berdaulat. Setelah itu, berlaku beberapa peristiwa penting yang mencorakkan semangat nasionalisme di negara kita seperti pembentukan Malaysia, pemisahan Singapura dan tragedi 13 Mei yang membawa kepada pembentukan Rukun Negara. Sumber: Diubah suai daripada https://cerdika.com/my/nasionalisme-di-malaysia Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas.
[8]