SPM Tuition
Subject

PERAK 2024 P2 Q5

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pernyataan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua. Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik.

    22 marks
    1. (a)

      Terangkan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah?

      [6]
    2. (b)

      Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada Disember 1939. Jelaskan perkembangan peristiwa tersebut.

      [8]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Save the Children dalam laporannya di therelief web, memberi amaran kanak-kanak Palestin dan Israel akan menanggung kesihatan mental selama bertahun-tahun yang akan datang. Sekurang-kurangnya 65 kanak-kanak Palestin di Gaza manakala hanya dua kanak-kanak Israel dilaporkan terbunuh antara 10 Mei, sehingga gencatan senjata tercapai. 51 buah sekolah di Gaza pula rosak akibat serangan dan tiga lagi dilaporkan rosak di Israel. Sekolah di kedua-dua wilayah ditutup kerana serangan udara oleh pasukan Israel dan juga roket yang ditembakkan dari Gaza. Ribuan kanak-kanak pula kehilangan tempat tinggal. Kanak-kanak yang hidup dalam ketakutan dengan keganasan yang berterusan boleh mengalami kegelisahan yang berterusan dalam tindak balas fisiologi terhadap tekanan yang boleh memberi kesan jangka panjang, kata Save the Children. Sumber: https://www.ummahtoday.com.my/kanak-kanak-gaza-mewarisi-kesan-mental-berpanjangan/ Apakah mesej yang disampaikan dalam petikan tersebut dan nyatakan tindakan negara kita dalam isu ini?

      [8]