PERAK 2025 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
20 marks- (a)
Jelaskan faktor kedatangan Jepun ke negara kita.
[4] - (b)
Pernyataan berikut berkaitan dasar yang dijalankan oleh pemerintahan Jepun di negara kita. • Dasar ekonomi • Dasar sosial Huraikan.
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Penjajahan bentuk baru era modenisasi ancaman negara Bentuk penjajahan moden yang muncul ketika ini dan semua negara di dunia terkena kesannya, yakni penjajahan baharu dalam bidang ekonomi, teknologi serta budaya. Anasir luar ini menggunakan pelbagai cara untuk menjajah semula dalam bentuk yang lebih canggih. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, hanya rasa cinta kepada negara membolehkan semua rakyat terus bekerjasama dan bersatu padu dalam menjaga nilai-nilai tempatan demi kedaulatan negara. Semangat perjuangan pahlawan kemerdekaan perlu digilap kepada generasi baharu supaya mengenal sejarah pejuang terdahulu. Sumber diubahsuai: Utusan Melayu, 30 Ogos 2022 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]