SPM Tuition
Subject

PERLIS 2022 P2 Q5

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang berlaku dalam kalangan negara Eropah telah memberi kesan besar terhadap Eropah dan juga negara kita.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama kepada Eropah dan negara kita.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. IPOH - Malaysia tidak terlepas daripada berdepan kesan negatif termasuk ancaman bekalan makanan sekiranya konflik Rusia-Ukraine berlarutan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda bertitah, kesan langsung dan tidak langsung daripada konflik yang berterusan akan mempengaruhi persekitaran inflasi dan kadar faedah serta menyebabkan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan dan berkurangan antara 10 hingga 20 peratus. Titah baginda, bagi tahun 2022, Tabung Kewangan Antarabangsa mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia sekitar 5.7 peratus, dipacu oleh peningkatan signifikan dalam perdagangan global, harga komoditi yang stabil, pembendungan pandemik serta sentimen pengguna dan perniagaan yang kian meningkat. "KDNK Malaysia mencatatkan penguncupan 5.6 peratus pada tahun 2020 dan pada 2021, membayangkan pelangi pemulihan, mencatatkan pertumbuhan positif pada kadar 3.1 peratus. "Risiko rantaian bekalan global yang berada dalam keadaan rapuh, kini beralih daripada menghadapi bencana pandemik kepada konflik Russia-Ukraine yang mengakibatkan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik, sudah pun menyebabkan harga minyak dan gas asli dunia melonjak lebih tinggi, memburukkan keadaan bagi syarikat dalam banyak industri terutama yang sangat bergantung pada sumber tenaga minyak. www.sinarharian.com.my/article/195039/2022/03 Ulaskan maklumat yang anda peroleh daripada sumber di atas. Apakah kesan terhadap negara kita sekiranya masalah ini berlanjutan?

      [8]