TERENGGANU 2023 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Penetapan visi dan misi serta aturgerak yang praktikal dengan penerapan semangat juang yang tinggi dan bermotivasi merupakan faktor utama kemenangan negara Jepun dalam kempen Perang Dunia Kedua. Slogan Asia untuk Asia telah memulakan perang dengan sasaran pertama adalah serangan dilaksanakan ke atas China dan Korea yang kemudiannya diikuti oleh peperangan menakluki wilayah Manchuria dan seterusnya Kepulauan Pasifik dan Tanah Melayu semenjak awal 1930an. Sumber: http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_1208.pdf
20 marks- (a)
Mengapakah Jepun menjalankan imperialisme di rantau Asia Pasifik dalam kempen Perang Dunia Kedua?
[4] - (b)
Bagaimanakah penentangan rakyat terhadap pendudukan Jepun di negara kita?
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Perlumbaan pembikinan senjata nuklear melibatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis, China, Korea Utara, Israel, Iran Pakistan dan India. Lebih mendukacitakan apabila ada antara negara tersebut sengaja melanggar resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengawal aktiviti tersebut. Menurut laporan Agence France-Presse (AFP), kuasa nuklear dunia terutama China telah meningkatkan perbelanjaan bagi pembelian senjata untuk negaranya dalam tiga tahun berturut-turut sehingga tahun 2022, iaitu ketika geopolitik semakin memuncak. Sembilan buah negara bersenjata nuklear dunia secara bersama-sama membelanjakan A.S.$82.9 bilion (RM383.12 bilion) bagi tujuan pengeluaran senjata mereka pada tahun 2022. Separuh daripada perbelanjaan itu dilakukan oleh Amerika Syarikat. Sementara itu, laporan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) pula menunjukkan jumlah kepala peledak nuklear yang dimiliki oleh Britain, China, Perancis, India, Israel, Korea Utara, Pakistan, Rusia dan Amerika Syarikat berkurangan kepada 12,512 peledak pada awal tahun ini berbanding 12,710 peledak pada awal tahun 2022. Walaupun sebahagian daripadanya termasuk kepala peledak lama yang dijadualkan untuk dileraikan, namun 9,576 berada dalam "stok tentera dengan potensi untuk digunakan" iaitu lebih 86 berbanding dengan tahun sebelumnya dan angka ini telah mula meningkat. Sumber: Dewan Masyarakat. Julai 2023 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan ramalkan masa depan dunia.
[8]