KEDAH 2024 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British yang menyebabkan Sabah menjadi tanah jajahan British pada 26 Jun 1946.
20 marks- (a)
Jelaskan faktor penyerahan Sabah kepada British.
[6] - (b)
Bagaimanakah reaksi penduduk Sabah terhadap penyerahan tersebut?
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Patriotisme merupakan satu perasaan atau emosi yang diekspresikan sebagai tanda cinta dan sayang kepada tanah air. Bagi memastikan maruah dan kedaulatan negara dapat dipertahankan, Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025 menjelaskan usaha pemerkasaan semangat patriotisme dengan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan fungsi tugas. Peranan mempertahankan maruah bangsa adalah tanggungjawab semua. Rakyat berkewajipan memelihara kedaulatan Malaysia daripada segala ancaman sama ada dari dalaman mahupun luaran, atas kepentingan memupuk semangat patriotisme di dalam dunia globalisasi dan ledakan teknologi maklumat kini. Sumber Diubah suai: https://www.mkn.gov.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]