MRSM 2025 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
British telah mengisytiharkan Malayan Union di Tanah Melayu pada 1 April 1946.
20 marks- (a)
Jelaskan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union.
[4] - (b)
Bagaimanakah rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union?
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Kejayaan penamatan Malayan Union adalah hasil permuafakatan dan sokongan padu seluruh rakyat kepada pemimpin dan Raja-raja Melayu. Rentetan peristiwa sejarah negara ini amat penting difahami dan dihayati oleh semua rakyat negara ini, tanpa mengira lapisan masyarakat dan batas kaum. Malayan Union walaupun singkat usianya, meninggalkan impak yang amat hebat dan ia merupakan satu pengajaran yang amat berharga buat kita semua sebagai generasi pewaris. Satu perkara menarik yang perlu diketahui umum, kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu tidak langsung bergantung kepada kekuatan bala tentera atau jumlah senjata yang digunakan. Tidak juga melalui sebarang pertempuran atau keganasan. Sebaliknya, penentangan yang diajukan adalah melalui pergabungan kuat suara rakyat serta pemimpin yang dipayungi Raja-raja Melayu. Hakikat yang perlu kita fahami ialah institusi raja yang diwarisi secara tradisi sejak dari dahulu ini sesungguhnya amat penting buat kita semua dan wajar untuk ia dipertahankan bersama. Jika hilang tradisi ini, maka hilanglah tonggak warisan negara. Dan hilangnya juga tidak akan berganti lagi. Sumber ubah suai : pustakailmu.arkib.gov.my Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan iktibar yang dapat anda teladani.
[8]