PERAK 2022 P2 Q2
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Pernyataan yang berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada British. Pada 21 Mei 1946, dokumen penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ditandatangani oleh Vyner Brooke dengan pihak kerajaan British yang diwakili oleh C.W. Dawson di Astana, Kuching. Pada 1 Julai 1946, upacara penyerahan Sarawak kepada British berlangsung di hadapan bangunan Mahkamah Pangkalan Batu, Kuching. Peristiwa ini dikenali sebagai Hari Penyerahan atau Cession Day sebagai tanda kerajaan British telah menerima penyerahan Sarawak secara rasmi. Sumber : Ho Hui Ling, "Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British, 1946-1951" dlm. Malaysia dari Segi Sejarah, Bil.29, 2001.
10 marks- (a)
Nyatakan dua faktor penentangan penyerahan Sarawak kepada British.
[2] - (b)
Mengadakan demonstrasi dan meletakkan jawatan beramai - ramai merupakan antara bentuk penentangan dan bantahan yang dilancarkan oleh penduduk tempatan di Sarawak. Jelaskan bentuk penentangan dan bantahan di atas.
[4] - (c)
Pada pendapat anda, mengapakah gerakan anti-penyerahan Sarawak tidak berjaya?
[4]