SPM Tuition
Subject

PERLIS 2025 P2 Q5

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pembentukan Malayan Union pada 1 April 1946 telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri tanah jajahan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan ciri-ciri perlembagaan Malayan Union.

      [6]
    2. (b)

      Bincangkan kejayaan penduduk tempatan menentang Malayan Union di Tanah Melayu.

      [6]
    3. (c)

      Teliti maklumat dalam petikan berikut. Pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi raja dan membangkitkan hak orang Melayu. Mengambil iktibar dari peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak kepada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan raja-raja. Malah pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memerdeka dan membangunkan negara ini wajar dihargai dan dijadikan teladan oleh semua. Raja-raja Melayu pula berperanan sebagai penaung dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang dianuti. Dalam sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu tidak sekali-kali mengenepikan hak kaum lain. Sebagai rakyat kita perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja kita. Sumber diubahsuai: pustakailmu.arkib.gov.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penentangan Malayan Union.

      [8]