JOHOR SET 1 2022 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Sir Edward Gent berucap selepas Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pada 21 Januari 1948.
20 marks
- (a)
Jelaskan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
[4] - (b)
Huraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[8] - (c)
Maklumat di bawah berkaitan dengan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Di bawah perjanjian itu, walaupun kebanyakan kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat, tetapi kedudukan kuasa penting sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing dikekalkan dan kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara. Raja-raja kini bertindak melalui sebuah badan yang dikenali sebagai ‘Majlis Raja-raja.’ Selain itu, sebarang perubahan yang melibatkan undang-undang imigresen, skim gaji untuk pegawai-pegawai awam atau cadangan untuk menyusun semula jentera kerajaan mestilah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu juga telah mengurangkan kebimbangan orang Melayu terhadap kerajaan British. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga telah melahirkan keinginan kerajaan United Kingdom dan raja-raja Melayu ke arah pembentukan ‘kerajaan sendiri’ (self government). Selaras dengan itu, pilihan raya Persekutuan pertama diadakan pada tahun 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Undangan Persekutuan. Sumber: Ruslan Zainudin 2003, Sejarah Malaysia, Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
[8]