JOHOR SET 4 2024 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Sultan dengan Edward Gent, wakil kerajaan British di King’s House, Kuala Lumpur. (Sumber: Raja, Negeri dan Perlembagaan, Sejarah Masih Relevan)
20 marks- (a)
Mengapakah Perjanjian Persekutuan ini diterima oleh kedua-dua pihak?
[6] - (b)
Jelaskan ciri-ciri persekutuan tersebut.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan tersebut. Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, meskipun telah melahirkan sebuah negara bangsa baru, namun dari segi perundangan dan struktur pemerintahannya memperlihatkan pertentangan yang ketara. Perlembagaan Malayan Union memindahkan segala kekuasaan Raja-raja Melayu kepada Raja Britain sekaligus telah melenyapkan kedaulatan para baginda. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. (Sumber: https://eprints.um.edu.my/17835/1/DR_AHMAD_KAMAL.pdf) Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan di atas.
[8]