JOHOR SET 6 2024 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
20 marks- (a)
Apakah faktor yang mendorong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu tersebut?
[4] - (b)
Huraikan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang memainkan sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) sehingga melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu mengatasi kepentingan mana-mana pihak dan melibatkan soal keselamatan negara. “Ini mengatasi kepentingan kerana orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka terlalu tinggi dan hebat, tidak mungkin terdakwa atau tercabar.” “Negara tidak boleh begitu. Kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan, pangkat, keturunan atau kekayaan.” Sumber: https://www.sinarharian.com.my 11 Julai 2023 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya masalah tersebut tidak diatasi.
[8]