JOHOR SET 6 2025 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 adalah lambang kejayaan perjuangan orang Melayu mempertahankan maruah bangsa dan negara.
20 marks- (a)
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya dibentuk?
[6] - (b)
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Penolakan Malayan Union melahirkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan perjuangan kemerdekaan menghasilkan Perjanjian Kemerdekaan 1957. Kontrak sosial bukan sekadar sebuah dokumen mengenai peraturan dan cara pengendalian sesebuah negara. Namun yang lebih penting lagi ia asas kontrak sosial antara pelbagai komponen yang saling berkaitan. Kontrak sosial antara orang Melayu sebagai kaum pribumi dengan kaum lain, antara raja dan rakyatnya dan negeri-negeri yang berdaulat dengan Persekutuan. Melalui kontrak sosial itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini. (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article) Berikan ulasan anda.
[8]