KEDAH 2023 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani perjanjian tersebut. Sumber: arkib.gov.my
20 marks- (a)
Mengapakah persekutuan di atas ditubuhkan?
[6] - (b)
Jelaskan kesan penubuhan persekutuan tersebut terhadap penduduk Tanah Melayu?
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Di bawah perjanjian itu, walaupun kebanyakan kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat, tetapi kedudukan kuasa penting sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing dikekalkan. Raja-Raja kini bertindak melalui sebuah badan yang dikenali sebagai "Majlis Raja-Raja". Selain itu, sebarang perubahan yang melibatkan undang-undang imigresen, skim gaji untuk pegawai-pegawai awam atau cadangan untuk menyusun semula jentera kerajaan mestilah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu juga telah mengurangkan kebimbangan orang Melayu terhadap kerajaan British. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga telah melahirkan keinginan kerajaan United Kingdom dan Raja-Raja Melayu ke arah pembentukan "kerajaan sendiri". Selaras dengan itu, Pilihan Raya Persekutuan Pertama diadakan pada tahun 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Undangan Persekutuan. Sumber ubah suai: Fajar Bakti 2003 Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]