KEDAH 2024 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Pada 1 Februari 1948 kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union. Sumber : www.umno-online.my
20 marks- (a)
Mengapakah persekutuan ini ditubuhkan?
[4] - (b)(i)
Jelaskan ciri-ciri persekutuan dari aspek berikut: (i) Pentadbiran
[4] - (b)(ii)
(ii) Kewarganegaraan
[4] - (c)
Baca petikan di bawah. Gabungan kuat rakyat dengan pemimpin yang dipayungi Raja-raja Melayu berjaya merungkai perancangan rapi yang disusun British untuk melemahkan orang Melayu. Kerjasama Raja-raja Melayu dengan UMNO membolehkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 dibentuk. PTM mengembalikan status Raja-raja Melayu dan orang Melayu. British iktiraf dasar menaungi negeri Melayu semula seperti sebelum Perang Dunia Kedua. Peranan raja dan orang Melayu penting dalam usaha mendukung perjuangan maruah bangsa. Tolak ansur antara kaum penting untuk mencapai matlamat PTM 1948. Sumber ubah suai: https://www.weacademia.com/my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan dan beri komen anda.
[8]