KEDAH 2025 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946 yang ditolak oleh penduduk tempatan.
20 marks- (a)
Mengapakah orang Melayu menolak Malayan Union?
[4] - (b)(i)
Sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka perjanjian bagi Persekutuan Tanah Melayu 1948. (i) Jelaskan cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut.
[4] - (b)(ii)
(ii) Huraikan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan sistem Persekutuan negara kita. Sistem Persekutuan dilihat sebagai pelampung penting bagi negeri tidak memiliki saiz ekonomi besar. Bagi negeri kaya dengan hasil bumi serta memiliki ekosistem ekonomi rancak, mungkin mempunyai banyak kelebihan. Namun, melalui sistem Persekutuan, jurang itu diatasi supaya rakyat kurang bernasib baik tidak ketinggalan menikmati kemudahan asas diperlukan. Justeru, amat penting bagi pemimpin negeri dan Persekutuan mempunyai hubungan baik demi kepentingan rakyat. Malaysia adalah negara mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dengan doktrin pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Sistem ini perlu diterima semua pihak selama kita bersetuju dengan Persekutuan. Perlembagaan menjadi prinsip kepada tatacara pentadbiran negara perlu dihormati semua pemimpin pusat dan negeri kerana ia undang-undang tertinggi negara. Sumber: https://www.bharian.com.my Beri ulasan anda.
[8]