SPM Tuition
Subject

PAHANG 2023 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Penolakan terhadap Malayan Union telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat berikut. Apabila Malayan Union dibatalkan maka Perjanjian Negeri 1948 menjadi batu asas kepada terma pembinaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Proses rundingan yang berlaku selepas Jawatankuasa Kerja Perlembagaan 1946 menghasilkan kemajuan pada 1948 dan 1957. 1. Rundingan antara Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan British yang mewakili Negeri-Negeri Selat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Selanjutnya kedudukan Yang di-Pertuan Agong melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Maka, lahirlah sebuah persekutuan yang kuat untuk berdepan dengan ancaman luar dan mampu berdikari. 2. Proses bagi kerajaan-kerajaan negeri Melayu berkerajaan sendiri bebas daripada campur tangan British. 3. Proses bagi Negeri-Negeri Selat untuk merdeka dan diserahkan kedaulatannya kepada Kerajaan Yang di-Pertuan Agong. 4. Permohonan kaum pendatang untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, ada syarat dan sumpah kewarganegaraan, iaitu Borang VIII. 5. Lahirlah bangsa Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, orang Asli dan bukan orang Melayu (kaum-kaum etnik lain). (Sumber ubah suai: bharian.com.my, 25 Oktober 2019) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan beri komen anda mengapa orang Melayu menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948?

      [8]