SPM Tuition
Subject

PERAK 2024 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 hasil kejayaan perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union [Gambar: Persekutuan Tanah Melayu 1948] Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948, selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948. Persekutuan ini mengandungi sembilan (9) negeri Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan dua (2) negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Penubuhan Persekutuan ini adalah hasil daripada tentangan hebat orang Melayu terhadap pewujudan Malayan Union pada 1 April 1946 namun terpaksa dibubarkan pada 21 Januari 1948. Sumber: http://eksplorasinegarawan.arkib.gov.my/

    20 marks
    Diagram for question 37
    1. (a)

      Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk?

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [6]
    3. (c)

      Petikan berikut berkaitan dengan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 digubal bagi maksud pembentukan sebuah persekutuan, perkara yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai bangsa asal terus diberi perhatian. Hal ini tidak pelik kerana melalui kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Raja-Raja Melayu juga memperkenankan bangsa dan kaum asing diterima masuk sebagai warganegara. Lantaran itu, kedudukan istimewa orang Melayu diletak di bawah tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, yang juga berfungsi untuk memelihara kepentingan sah kaum lain. Sumber: https://api.bharian.com.my/ Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya kepada pembentukan negara bangsa Malaysia kini.

      [8]