SPM Tuition
Subject

SARAWAK SET 1 2024 P2 Q5

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

      [8]
    3. (c)

      Baca dan teliti maklumat dalam petikan di bawah. Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, meskipun telah melahirkan sebuah negara bangsa baru, namun dari segi perundangan dan struktur pemerintahannya memperlihatkan pertentangan yang ketara. Perlembagaan Malayan Union, memindahkan segala kekuasaan Raja-raja Melayu kepada Raja Britain sekaligus telah melenyapkan kedaulatan para baginda. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Walau bagaimanapun, dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, para baginda perlu menyerahkan sebahagian daripada kekuasaan baginda bagi membolehkan kerajaan pusat yang dibentuk dapat berfungsi dalam sistem pemerintahan persekutuan. Perlembagaan Malayan Union juga dilihat memperuntukkan pelaksanaan pemerintahan bersifat kesatuan. Kerajaan pusatnya diketuai oleh seorang Gabenor yang diperuntukkan kuasa yang begitu luas. Kerajaan negeri sungguhpun dikekalkan namun tidak ditetapkan sebarang bidang kuasa kecuali jika diturunkan oleh kerajaan pusat. Perlembagaan Persekutuan 1948 pula meletakkan Negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka di bawah sistem persekutuan yang menggariskan pemisahan kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. (Sumber: Dr. Ahmad Kamal, Malayan Union dan Persekutuan 1948, UM Research Repository) Jelaskan maklumat yang terdapat dalam petikan dan sejauh manakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi asas kepada sistem pemerintahan berparlimen di Malaysia hari ini?

      [8]