SELANGOR SET 1 2024 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946.
20 marks- (a)
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditubuhkan?
[6] - (b)
Huraikan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Perlembagaan Malayan Union memindahkan segala kekuasaan Raja-raja Melayu kepada Raja Britain sekali gus telah melenyapkan kedaulatan para baginda. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Walau bagaimanapun, dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, para baginda perlu menyerahkan sebahagian daripada kekuasaan baginda bagi membolehkan kerajaan pusat yang dibentuk dapat berfungsi dalam sistem pemerintahan persekutuan. Perlembagaan Malayan Union juga dilihat memperuntukkan pelaksanaan pemerintahan bersifat kesatuan. Kerajaan pusatnya diketuai oleh seorang Gabenor yang diperuntukkan kuasa yang begitu luas. Kerajaan negeri sungguhpun dikekalkan namun tidak ditetapkan sebarang bidang kuasa kecuali jika diturunkan oleh kerajaan pusat. Perlembagaan Persekutuan 1948 pula meletakkan negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka di bawah sistem persekutuan yang menggariskan pemisahan kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Memandangkan perbincangan mengenai Malayan Union dan Persekutuan 1948 telah banyak diperkatakan oleh para sarjana, maka kertas ini akan lebih difokuskan kepada persoalan-persoalan seperti sejauh mana mudahnya MacMichael memperoleh tandatangan Raja-raja Melayu, pelaksanaan Perlembagaan Malayan Union dan sejauh mana Perlembagaan Persekutuan 1948 telah menetapkan Raja-raja Melayu pada kedudukan seperti mana sebelum tercetusnya perang. Sumber: Ubah suai daripada tulisan Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin (2017) Malayan Union dan Persekutuan 1948. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Tingkatan 5, 10-11 Ogos 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil.
[8]