SELANGOR 2025 P2 Q5
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
20 marks- (a)
Mengapakah persekutuan tersebut ditubuhkan?
[6] - (b)
Jelaskan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Malaysia pada hari ini bukan sebuah persekutuan yang bermula daripada kekosongan. Pada peringkat awal, ia adalah pemersekutuan sembilan Kerajaan Melayu berdaulat dengan dua Negeri Selat pada 21 Januari 1948, diikat melalui Perjanjian Persekutuan. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah Tanah Melayu, Islam sebagai undang-undang watan (law of the land), hak orang Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu, bahasa Melayu yang sekian lama bertaraf Nusantara dan amalan adat Melayu adalah unsur watan atau warisan, berakar umbi dan adalah jati diri Tanah Melayu sejak Kesultanan Melayu Melaka. Semua unsur watan di atas dijelaskan Perjanjian Negeri 1948, seterusnya dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 sebagai jati diri bangsa. Selain daripada peruntukan Perlembagaan yang merakamkan unsur watan dalam bentuk perlembagaan bertulis bersifat moden, peruntukan lain adalah persetujuan Raja-Raja Melayu selepas menerima kehendak British untuk memperkenalkan sistem demokrasi berparlimen, serta rundingan dengan Perikatan yang mewakili rakyat dan pandangan pelbagai pihak. Perlu dinyatakan, kepentingan sah kaum lain sebagai warganegara juga diakui selepas ia dirundingkan atas perkenan Raja-Raja Melayu. Atas premis di atas maka rakyat British diterima menjadi warga Persekutuan Tanah Melayu. Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis, 21 Oktober 2017 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut serta kebaikan sistem Persekutuan yang diamalkan di negara kita.
[8]