SPM Tuition
Subject

KEDAH 2023 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pada 16 Jun 1948, Tanah Melayu telah memasuki zaman darurat. Sumber: myjurnal.mohe.gov.my

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah pihak kerajaan mengisytiharkan darurat?

      [4]
    2. (b)

      Terangkan kesan zaman darurat terhadap politik negara.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Pengajaran dari darurat secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat. Melalui cerita-cerita lalu digabungkan dengan rasa hormat menghormati dapat membentuk rasa kekitaan dalam diri setiap warganegara sekali gus memupuk perpaduan. Begitulah juga kita di Malaysia yang masih berusaha mengenali diri masing-masing. Kenal mengenali di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan etnik adalah penting kerana kebutaan dan kegagalan masyarakat negara ini mengenali sesama sendiri bermakna mereka juga tidak mengetahui sejarah negara ini dan akan mendatangkan bahaya serta menjadi ancaman kepada proses perpaduan dan perkembangan negara secara menyeluruh dan apa yang lebih menakutkan ialah berulangnya tragedi berdarah 1969. Masyarakat dan negara pada masa kini dan masa hadapan akan dapat mengkaji dan seterusnya cuba menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai cara yang lain pula. Ini bermakna sejarah boleh menjadi guru yang paling baik kerana dapat memberi panduan dan pengajaran yang berguna dari melakukan kesalahan yang sama dapat dielakkan daripada berulang semula. Sumber: repo.uum.edu.my Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]