SPM Tuition
Subject

PERAK 2023 P2 Q5

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Kerajaan British telah mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 16 Jun 1948 yang berlangsung hingga 1960, iaitu selama 12 tahun. Tempoh ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara yang perlu dijadikan bahan renungan generasi terkini.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peristiwa yang membawa kepada pelaksanaan darurat di Tanah Melayu.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan kesan zaman darurat yang menggugat keamanan dan kestabilan kehidupan penduduk tempatan.

      [8]
    3. (c)

      Teliti penyataan berikut. Bagi rakyat Malaysia hari ini, kita harus menghargai pengorbanan generasi silam yang bertungkus-lumus untuk menjadikan negara ini aman damai sebagai bumi tumpah darah kita yang sewajarnya dipertahankan bersama dengan apa cara juga sekalipun demi kesinambungan generasi sebuah negara tercinta. Sumber: Mingguan Siasah, 16 – 22 Mac 2012 Berdasarkan penyataan di atas, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan keamanan negara?

      [8]