KUALA LUMPUR 2025 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Gambar menunjukkan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dilantik selepas memenangi pilihan raya pada tahun 1955.
20 marks
- (a)
Jelaskan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan 1948 dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
[4] - (b)
Huraikan peranan Kabinet Pertama 1955.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Pilihan raya ialah proses pemilihan barisan kepemimpinan, juga sebahagian daripada penentu masa depan negara dan proses yang perlu disertai serta diraikan semua warganegara yang layak. Peluang untuk membuat pilihan ini tidak boleh disia-siakan dan dalam konteks pemilihan kepemimpinan bagi menggerakkan sistem demokrasi, pilihan raya juga kayu ukur kepada kejayaan atau kegagalan demokrasi. Demokrasi seperti dikenali ramai ialah sistem berasaskan kepada pilihan yang dibuat oleh majoriti rakyat yang layak mengundi. Semakin tinggi jumlah pengundi yang melaksanakan tanggungjawab, semakin jelas sokongan terhadap barisan pemimpin yang dipilih. Namun, semakin rendah jumlah pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi, semakin tidak jelas jumlah majoriti. Pada masa sama, kita juga amat memahami bahawa demokrasi mempunyai ideal dan prinsip mengenai kebebasan. Sumber: https://www.bharian.com.my, 28 April 2018 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]