MELAKA 2025 P2 Q2
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Rajah berikut menunjukkan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1955. Pembentukan 52 kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Penentuan Sempadan → Kelulusan rang undang-undang pilihan raya → Pendaftaran pengundi → X → Kempen pilihan raya (45 hari) → Y → Penjumlahan kertas undi → Pengumuman keputusan
10 marks- (a)
Apakah X dan Y?
[2] - (b)
Mengapakah pilihan raya ini penting kepada negara?
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan pilihan raya di negara kita. Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 menyatakan pindaan terhadap umur bagi warganegara yang layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi. (Sumber: https://www.astroawani.com/) Pada pandangan anda, adakah penurunan had umur mengundi baik untuk negara? Kemukakan hujah anda.
[4]