SMKA 2025 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Pilihan raya umum pertama yang diadakan pada tahun 1955 adalah hasil persetujuan pihak British dan Parti Perikatan sebagai langkah awal menuju kemerdekaan.
20 marks- (a)
Bagaimanakah proses pilihan raya pertama dijalankan di Tanah Melayu?
[6] - (b)
Jelaskan usaha kerajaan bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung dengan telus dan adil.
[6] - (c)
Poster berikut berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia. JENIS-JENIS PILIHAN RAYA Perbezaan antara Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil Pilihan Raya Umum: Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun. Pilihan Raya Kecil: Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di luar jangka disebabkan oleh: i Kematian ii Peletakan jawatan iii Hilang kelayakan iv Pembatalan keputusan pilihan raya oleh mahkamah pilihan raya (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia) Huraikan maklumat yang terkandung dalam poster di atas dan cadangkan langkah untuk menggalakkan generasi muda keluar mengundi dalam pilihan raya.
[8]