SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 3 2025 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Beberapa langkah telah diambil sejak pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, termasuklah mendapatkan memorandum daripada pelbagai pihak dan mengadakan rundingan sehingga berjaya merangka draf perlembagaan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cadangan yang dikemukakan oleh parti politik dan pihak awam dalam soal kewarganegaraan serta bahasa dan pendidikan.

      [6]
    2. (b)

      Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Huraikan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap draf tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Langkah menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan penubuhan Suruhanjaya Reid pada bulan Mac 1956. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli undang-undang dari negara Komanwel dan diketuai oleh Lord Reid dari Britain. Tugas utama suruhanjaya ini ialah merangka sebuah perlembagaan bertulis sebagai asas pemerintahan negara merdeka. Sepanjang proses penggubalan, suruhanjaya telah meneliti lebih 130 memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu. Antara isu penting yang dibincangkan ialah kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, serta soal kewarganegaraan. Selepas laporan Suruhanjaya Reid dibentangkan pada Februari 1957, satu rundingan diadakan antara wakil Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dan wakil British untuk menyesuaikan cadangan laporan dengan keperluan masyarakat. Akhirnya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diterima dan mula berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957, beberapa hari sebelum kemerdekaan negara. Sumber: Diubah suai dari www.bharian.com/rencana Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan.

      [8]