SPM Tuition
Subject

NEGERI SEMBILAN 2022 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Kerajaan British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Mac 1956 setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan tersebut. Rata-rata kita menyangka Perlembagaan Persekutuan dirangka oleh Suruhanjaya Reid. Jika diteliti dari perspektif sejarah, ia terhasil daripada keringat dan idea Raja-Raja Melayu, pemimpin dan persatuan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Malah, permuafakatan politik atau dikenali juga kontrak sosial antara pemimpin pelbagai kaum inilah yang menjadi resipi perpaduan dan integrasi rakyat berbilang kaum hingga hari ini. Di sinilah letaknya nilai kerjasama dan tolak ansur yang seharusnya dicontohi oleh generasi akan datang. Kebijaksanaan pemimpin terdahulu begitu terserlah apabila wujud quid pro quo atau tawar-menawar berkaitan empat perkara teras iaitu hak kerakyatan kaum bukan Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Hal ini dapat mewujudkan kesedaran bahawa Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja mempertahankan kepentingan hak penduduk asal, malah tidak mengetepikan kepentingan sah kaum lain. Sumber : https://www.bharian.com.my/rencana/ Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan sekiranya tiada pemuafakatan dalam negara kita.

      [8]