SPM Tuition
Subject

NEGERI SEMBILAN 2024 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah digubal oleh Suruhanjaya Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan langkah penggubalan perlembagaan tersebut.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan tersebut. Keluhuran perlembagaan adalah prinsip bahawa kuasa kerajaan diperoleh dan dihadkan oleh badan undang-undang. Dalam erti kata lain, tiada seorang rakyat atau pemimpin berhak membuat apa-apa keputusan tanpa merujuk kepada perlembagaan negara. Di negara ini, konsep keluhuran perlembagaan adalah teras kepada sistem demokrasi yang melindungi hak asasi semua rakyat untuk membentuk kesejahteraan rakyat dan negara. Keluhuran perlembagaan memastikan pentadbiran negara dapat berfungsi dengan baik, adil, teratur dan mematuhi prinsip keadilan sosial. Perlembagaan Persekutuan menjadi dokumen penting melindungi hak rakyat daripada dicabuli pemimpin atau pun ahli politik berkepentingan sendiri. Tanpa sesebuah perlembagaan, pemimpin negara mungkin menggunakan kedudukan mereka sebagai justifikasi untuk mengubah undang-undang di negara ini tanpa semak dan imbang. Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my Beri komen anda terhadap maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]