SPM Tuition
Subject

NEGERI SEMBILAN 2025 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957 merupakan langkah penting dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang merdeka.

    20 marks
    1. (a)

      Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

      [6]
    2. (b)

      Huraikan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Sebagai rakyat, kita harus memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Ini akan membentuk identiti dan jati diri negara serta mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik. Kita harus prihatin dan mengikuti perkembangan Perlembagaan Persekutuan serta menyokong pelaksanaannya. Adalah penting untuk memastikan keluhuran perlembagaan terus dijaga dan dihormati. Ini menunjukkan ciri utama kehidupan berdemokrasi seterusnya akan menjaga kesejahteraan bangsa. Dalam menghormati keluhuran perlembagaan, kita seharusnya menghormati nilai keadilan, kebebasan, persamaan dan ciri-ciri lain yang melambangkan bangsa maju dan bersatu hati bawah rangka kerja negara MADANI. Menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan seperti termaktub dalam Rukun Negara menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan Malaysia kekal negara yang adil dan sejahtera. (Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]