PUTRAJAYA 2024 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Kerajaan British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Mac 1956 setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
20 marks- (a)
Jelaskan peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
[4] - (b)
Dalam usaha membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, satu perjanjian telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957 yang dinamakan sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Huraikan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan tersebut. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara (Perkara 4(1)) dan merupakan sebuah dokumen destini yang mengambil kira kehendak tempatan. Suruhanjaya Reid yang dibentuk pada 21 Mac 1956 ditubuhkan bertujuan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan sebagai persediaan negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebanyak 118 persidangan telah diadakan dan 131 memorandum diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Perkara-perkara penting yang dibincangkan oleh suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) seperti pembentukan sebuah kerajaan pusat, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pengekalan hak-hak istimewa orang Melayu dan pelantikan seorang Ketua Negara berperlembagaan. Hasilnya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang mula terpakai pada 31 Ogos 1957 sehingga hari ini merupakan satu dokumen yang dapat diterima oleh semua pihak daripada pelbagai latar kaum, bangsa dan agama. Ia merupakan sebuah kontrak sosial yang dipersetujui oleh tiga etnik besar iaitu Melayu, Cina dan India yang membentuk Parti Perikatan pada masa itu. Sumber: https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2023/03/29 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan sekiranya tiada pemuafakatan dalam negara kita.
[8]