PUTRAJAYA SET 1 2025 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. "Pada tanggal 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan 1957 dikuatkuasakan menandakan permulaan pemerintahan sendiri yang sah dan berperlembagaan."
20 marks- (a)
Huraikan langkah-langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merdeka.
[6] - (b)
Terangkan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Perlembagaan negara kita unik kerana ia terhasil melalui perjuangan orang Melayu menolak Malayan Union dan perjuangan kemerdekaan menghasilkan Perjanjian Kemerdekaan 1957. Melalui kontrak sosial, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini. Inilah amanah besar keharmonian negara yang tidak boleh diubah oleh kuasa majoriti 2/3 di Dewan Rakyat tanpa persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. Sumber: https://www.sinarharian.com.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]