SABK 2025 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Maklumat berikut merupakan sebahagian kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berdasarkan Persekutuan Tanah Melayu. 153.1) Maka Yang di-Pertuan Agong bertanggong-jawab atas perkara menjaga kedudokan Istimewa orang2 Melayu serta hak2 yang halal bagi kaum2 yang lain2 menurut sharat2 Perkara ini. BAHAGIAN XII PERKARA 'AM DAN LAIN2 152.(1) Bahasa Kebangsaan ia-lah bahasa Melayu dan hendak-lah dengan apa2 jua jenis tulisan seperti yang di-undang2kan oleh parliament:
20 marks- (a)
Jelaskan inti pati Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berikut: (i) Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum Lain. [3 markah] (ii) Kedudukan Bahasa Melayu. [3 markah]
[6] - (b)
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas dalam pembinaan negara bangsa. Jelaskan.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman, damai dan perpaduan. Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. (Sumber: Berita Harian Online 18 Disember 2022) Jelaskan maklumat daripada petikan di atas dan kesannya jika rakyat tidak mematuhi perlembagaan negara.
[8]