SPM Tuition
Subject

SARAWAK SET 3 2022 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid dan memulakan tugasnya pada akhir bulan Jun 1956.

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan langkah-langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. MUTAKHIR ini, isu berkaitan kontrak sosial terus diungkit dan menjadi polemik dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Siri polemik itu jika tidak ditangani mampu mengundang ketegangan kaum dan menggugat keselamatan negara. Sumber daripada Majlis Profesor Negara menyatakan konsep kontrak sosial itu merujuk kepada persetujuan bersama yang tercapai dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India pada 1956. Persetujuan dan kesepakatan itu berlaku ketika Suruhanjaya Reid sedang mengumpulkan pandangan pelbagai pihak yang tinggal di negeri-negeri Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai kemerdekaan pada 1957. Melalui kontrak sosial itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini. (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/52989/KOLUMNIS/Faham-dan-hayati-kontrak-sosial) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya kontrak sosial tersebut dipersoalkan.

      [8]